SINOPSIS NOVEL AKAN DATANG

TIDAK TERHINGGA KAMI RAKAMKAN KERANA MASIH SETIA BERSAMA KAMI.. DI SINI NP JUGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA PEMBACA SETIA NP...
1. Rahsia Cinta Semalam - NAJWA DANIA DANIEL (RM23.90)

:: "Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi dengan bunga mawar yang harum melainkan penuh onak dan ranjau berduri…" ::
Cinta ini satu rahsia yang telah terlalu lama aku pendamkan. Terlalu sulit untuk kujelas. Terlalu payah untuk kuluahkan. Kasih yang kau hulur tatkala aku memerlukan sememangnya terlalu agung meski kau tidak pernah sedari.
Berdosakah aku Tuhan… kerana mencintai dia yang tidak seharusnya aku cintai? Salahkah aku memilihnya? Salahkah aku memujanya kerana dia memiliki segala apa yang aku impikan. Sentuhan kasihnya begitu meresap ke dalam jiwaku. Tanpa lafaz dan janji, cinta itu telah aku peruntukkan untuk dirinya seorang. Tidak aku tega tubuhku dijamah lelaki lain hatta suamiku sendiri. Tetapi apalah dayaku… aku hanya perempuan. Lafaz ijab dan kabul itu telah membeli seluruh tubuhku dan segenap masa depanku.
Maafkan aku kasih… hidupku harus kupersembahkan sepenuhnya untuk dia yang bernama suami meski cintaku tidak pernah luntur buatmu. Berbahagialah kau bersama pilihanmu walaupun aku terpaksa menelan air mata sengsara ini…
2. Cinta? - MISYA SYAKIRA (RM20.90)

:: "Janganlah nak perasan!" :: SIRI BERSIRI REMAJA :: to be continue... ::
Hidup remaja memang banyak cabaran. Banyak juga cubaan. Tetapi aku benci dikalahkan oleh perempuan. Aku tidak mahu tengok perempuan itu menang. Aku tak mahu perempuan itu tambah perasan!
NOTA: Kepada peminat yang ingin memberikan komen dan pandangan berkaitan produk Nylea, bolehlah menghantar email terus kepada:
nylea.novel@gmail.com ATAU nyleapublishing@yahoo.com.my 
:: PENGUMUMAN PENTING: ::
NP akan membuka lembaran baru di dalam penerbitan Genre Novel... Bermula pada tahun 2007, kami di NP akan mengeluarkan novel kanak-kanak/fantasi....
Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar manuskrip mereka bolehlah berbuat demikian dengan menghantar manuskrip anda di email kami. Anda juga diminta untuk KIRIMKAN BIODATA, SINOPSIS dan 3 CHAPTER MANUSKRIP ANDA UNTUK DINILAI KEPADA ALAMAT BARU KAMI INI.
No. 71, Jalan Spring Hill
9/1 Bandar Spring Hill
71100 Port Dickson
NEGERI SEMBILAN
...Di kesempatan ini juga keluarga NP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua peminat dan pembaca NP sekalian..SEKIAN...
Posted at 02:24 am by nylea